Baru-baru ini Negara digegarkan dengan tuntutan untuk kesamarataan antara kaum. Ini diikuti oleh tuntutan balas untuk ketuanan Melayu dan memperthankan perlembagaan Negara. Buat kesekian kalinya artikel 153 perlembagaan itu disentuh banyak pihak. Mujurlah ada Raja-Raja Melayu yang bersuara menegur rakyat agar tidak berlebihan dalam membincangkan isu yang tentunya amat sensitive ini. Peranan Raja yang beginilah yang akan mengangkat martabat institusi raja di Negara ini. Selepas teguran Baginda, nampaknya tiada siapa yang berani menyentuh isu ini lagi.
Namun aku rasa perkara ini perlu terus dibincangkan tetapi secara tertib dan objektif. Aku boleh faham dengan ketidakpuasan hati masyarakat bukan melayu terhadap ‘preferential treatment’ terhadap kaum melayu. Kalau kita lihat generasi baru bukan Melayu mereka bukan sahaja merupakan anak kelahiran Negara ini, tetapi yang entah telah beberapa generasi lahir di sini . Yang mereka tahu inilah satu-satunya tanah tumpah darah mereka. Dan disinilah juga kasih merreka akan tertumpah. Walaupun mungkin ada segilintir yang terlampau kecewa dan mahu berhijrah, tapiaku rasa lebih ramai yang akan setia dengan Negara ini. Sebahagian besarnya tidak pernah pun menjejakkan kaki ke tanah asal nenek moyang mereka itu.
Apabila mereka rasa mereka telah dilayan sebagai rakyat kelas kedua, tentunya ini akan menimbulkan rasa tidak puashati. Namun apakah benar wujud layanan kelas kedua ini? Ini perlu kepada penilaian yang objektif. Apakah falsafah yang mendasari ‘preferential treatment”ini? Kenapakah dasar ini menyebabkan rasa layanan kelas kedua ini wujud? Apakah dasar ini yang perlu dipersalahkan atau perlaksanaannya?
Aku seorang Melayu. Walaupun mungkin ada yang pernah menyangka aku mamak restoran MegahMaju di Nilai ini. Namun aku Melayu.. Sebagai Melayu aku juga ingin supaya bangsa aku mampu bersaing dengan yang lain.Aku juga tidak mahu melihat bangsa aku selamanya bergantung kepada preferential treatment ini. Aku malu kalau jadi melayu yang tidak kompetitif dalam segala bidang. Aku mahu satu hari bangsa Malaysia ini bersaing atas dasar merit. Siapa kuat bekerja dia dapat. Inilah utopia nya. Siapa kuat bekerja dia dapat. Tapi benarkah begitu? Apakah realitinya? Itu nanti kita bincangkan lain kali….. This is me thinking aloud. Kalau ada sesiapa yang membaca dan ingin turut “thinking aloud’ dipersilakan……
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment