Tuesday, January 27, 2009

digital rpm tachometer untuk kancil

Satu atau dua hari punya projek. Untuk weekend warriors:

Barang2:

1. PIC16F877 - sesuai kerana banyak port, boleh guna untuk LCD display (RM25)
2. 16x2 alphanumeric LCD display (RM27)
3. vero board/stripboard (RM6.50)
4. KK connector 7 pin complete with crimps (male and female connectors)(RM5?)
5. IC socket, 40pin (RM1?)
6. capacitors (E caps) - (RM2)
7. capacitors, ceramic 4 bijik (RM0.3x4=RM1.20)
8. crystal 4MHz (RM2.50)
9. diode 1N4007 - RM0.30 x 2 = RM0.60
10. zener diode (rm0.5x2 =RM1)
11. resistors (0.25Watt) RM 0.05 x 4 =RM0.20)
12. film capacitor - RM0.50
13. potentiometer, variable (untuk LCD contrast control)- RM3.50
14. power regulator, 7805 (RM1.00)
15. some length of wires
16. double sided tape
17. dua batang skru
18. solder
19. bekas ais krim (free, yang ni aku curi wife aku punya bekas kapur tulis. Dia cikgu sekolah)









board dan LCD display setelah disambung







Untuk kancil lama aku, dia punya ignition signal diambil di sini. Perhatikan wayar ungu kecik dalam gambar di bawah tu. Connector kat coil tu ada dua pin. Aku ambik pin yang bawah. Cucuk dengan pin yang selalu orang guna untuk pakai tudung kepala tu, hopefully water prooflah. Wayar tu aku masukkan melalui firewall, dengan cara tebuk satu penutup plastik dekat situ. Kalau boleh tutup lubang tu baik2 sebab tak mau wasap dari kompartment enjin tu masuk ke dalam cabin.
















LCD dalam bekas aiskrim dipasang dekat sisi kiri tempat duduk pemandu. Guna double sided tape pun dah OK. Vero board tu aku letak dalam kotak dan sorok dalam glovebox.

Untuk lebih selamat, elok letak dalam kotak elok2 dan lekatkan di luar glove box. Power regulator tu agak suam2 jugak aku rasa. Biar ada ventilation, lebih baik. Kalau nak letak heat sink pun boleh. Tapi aku tak guna heat sink pun OK. Setakat ni letak dalam glove box saja pun aku dah pakai dekat sebulan. Paling jauh perjalanan setakat ni adalah dalam 200lebih km (dari Tronoh ke Nilai) dalam tiga jam.

lagi satu, LCD display tu elok letakkan jauh dari matahari. Nanti padam pulak dia.

















Ni ada video rpm tachometer setelah siap semuanya.




Source code boleh didapati di sini . Tapi dalam PICBASICPro. Kalau nak migrate ke bahasa lain pun tak susah. Bahasa PICBASICPro ni mudah, very high level mnemonic. Kalu nak Hex file dia ada di sini.


Schematics di sini dalam bitmap format.
















Next projek aku nak cuba fikirkan macam mana nak dapatkan odometer/tripmeter pulak. Untuk makluman, kereta buruk ni pakai cable untuk odometer dia. Jadi, tak ada electrical signal (digital atau analog). Ada dua pilihan: 1. hack dashboard meter tu, 2. Guna clever trick dengan rpm dan inertia measurement (guna dual axis accelerometer, tapi mahal sikitlah)